Penanaman dan kegunaan Walnut

Dua spesies komersil utama adalah J. regia untuk kayu dan kacang, dan J. nigra untuk kayu. Kedua-dua spesies mempunyai keperluan penanaman yang sama dan ditanam secara besar-besaran dalam zon beriklim sederhana.

Walnut sejenis spesies yang sangat perlukan cahaya yang mendapat manfaat dari perlindungan dari angin. Walnut juga sangat tahan lasak semasa kemarau.

Penanaman walnut secara selingan di ladang dengan pokok pengikatan nitrogen seperti Elaeagnus × ebbingei atau Elaeagnus umbellata, dan pelbagai jenis spesies Alnus menyebabkan peningkatan sebanyak 30% terhadap ketinggian dan lilitan pokok (Hemery 2001).

Bagi menanam pokok untuk mendapatkan kacang, ketelitian perlu dititikberatkan semasa memilih anak pokok yang bersesuaian bagi tujuan pendebungaan, walaupun sesetengah anak pokok dipasarkan sebagai "subur sendiri" ia secara umumnya akan berbuah dengan lebih baik dengan pasangan pendebungaan yang berbeza. Terdapat pelbagai anak pokok tersedia untuk para penanam, menawarkan habit pertumbuhan yang berbeza, berbunga dan berdaun, rasa isirong dan ketebalan kulit. Satu sifat penting bagi kacang Amerika Utara dan Eropah dengan latitud yang lebih mengarah ke utara adalah fenologi, dengan ‘lewat merah’ terutamanya penting untuk mengelak kerosakan akibat suhu bawah takat beku semasa musim bunga. Sesetengah anak pokok dibiakkan untuk sistem produksi pendekatan ‘memagari’, sistem yang dibangunkan di Eropah dan tidak sepadan dengan sistem kebun yang lebih tradisional.